bagi lelaki tidak dibenarkan memakai 
inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. 
Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam 
mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri 
menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai 
dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang 
diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w 
mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya 
disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang 
meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
Petikan daripada Al-Fikrah.net :-
2.1
 Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai kuku 
adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)
2.2
 Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan 
wanita-wanita zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah 
menyuruhnya :-
Dalil: Dari Aisyah ra, ” 
Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan 
lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi 
pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah 
warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa 
seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin 
menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu
 seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau 
perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya 
kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) 
dijarimu. 
(hadith riwayat abu dawud) 
2.3
 Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. tegahan 
itu sebenarnya utk lelaki kerana hadis Imam Ahmad, ‘ Allah melaknat 
lelaki yg menyerupai perempuan” (Al-Musnad no 2984, dari Ibn
Abbas, disahihkan oleh ahmad syakir.)
Selain itu,galakan rasulullah 
S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk 
berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W 
bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan 
yang menyerupai lelaki.
Credit by : ustaznoramin dan Al-fikrah.net serta Bingkisan Pemuda