bagi lelaki tidak dibenarkan memakai
inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita.
Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam
mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri
menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai
dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w
mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya
disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang
meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
Petikan daripada Al-Fikrah.net :-
2.1
Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai kuku
adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)
2.2
Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan
wanita-wanita zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah
menyuruhnya :-
Dalil: Dari Aisyah ra, ”
Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan
lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi
pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah
warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)
Diriwayatkan dari Aishah bahawa
seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin
menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu
seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau
perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya
kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai)
dijarimu.
(hadith riwayat abu dawud)
2.3
Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. tegahan
itu sebenarnya utk lelaki kerana hadis Imam Ahmad, ‘ Allah melaknat
lelaki yg menyerupai perempuan” (Al-Musnad no 2984, dari Ibn
Abbas, disahihkan oleh ahmad syakir.)
Selain itu,galakan rasulullah
S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk
berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W
bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan
yang menyerupai lelaki.
Credit by : ustaznoramin dan Al-fikrah.net serta Bingkisan Pemuda
Tidak ada komentar:
Posting Komentar