Minggu, 19 Februari 2012

Hukum memakai pacar untuk lelaki

bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).

Petikan daripada Al-Fikrah.net :-

2.1 Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)

2.2 Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya :-

Dalil: Dari Aisyah ra, ” Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu. 
(hadith riwayat abu dawud)

2.3 Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. tegahan itu sebenarnya utk lelaki kerana hadis Imam Ahmad, ‘ Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan” (Al-Musnad no 2984, dari Ibn
Abbas, disahihkan oleh ahmad syakir.)

Selain itu,galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.


Credit by : ustaznoramin dan Al-fikrah.net serta Bingkisan Pemuda